Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas kurniaNya kita dapat menganjurkan Mesyuarat Agung Perwakilan KOTANI di mana saya juga merupakan Penasihat kepada KOTANI Berhad. Terima kasih kerana memberi kepercayaan dan melantik saya menjadi Penasihat kepada KOTANI yang juga merupakan sebuah koperasi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA).
Tahniah kepada KOTANI (M) Berhad yang berjaya mengekalkan kesinambungannya sebagai sebuah koperasi yang telah berusia 32 tahun. Kemuafakatan semua pihak dalam KOTANI telah memainkan peranan untuk memastikan hala tuju KOTANI dapat dicapai dan terus bersama-sama kekal dalam ‘satu keluarga besar’ sehinggalah ke hari ini. Kesetiaan dan kepercayaan kita semua ini tidak harus dihakis dari semangat asal penubuhan sesebuah koperasi iaitu bagi membantu sesama ahli.
Ini juga adalah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana banyak angkatan koperasi yang ditubuhkan akhirnya tersungkur kerana kelemahan- kelemahan yang berlaku dan hilangnya kesetiaan serta semangat anggota dalam membantu anggota.
Ini sesuai dengan pengekalan tagline asal “Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu” yang bermaksud matlamat sesuatu koperasi adalah untuk memperjuangkan kesemua anggota koperasi dan mereka pula seharusnya menyumbang semula kepada pembangunan koperasi.
Tidak dinafikan perjuangan untuk membawa kejayaan supaya terus dapat bertahan dalam pergerakan koperasi ini perlu kesatuan dan penglibatan anggotanya serta peranan pengurusan secara menyeluruh di semua peringkat. Saya menyokong gerakan koperasi ini untuk terus diberi perhatian dan sokongan supaya terus berkembang maju. Ini selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 yang menetapkan sasaran perolehan gerakan koperasi sebanyak RM50 bilion menjelang tahun 2020.
Bagi memastikan koperasi yang bernaung di bawah MOA ini terus unggul dan cemerlang, saya menyarankan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi memberi sokongan padu kepada KOTANI dengan menggalakkan pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing untuk menganggotai KOTANI dan membantu aktiviti aktiviti KOTANI, sesuai dengan keupayaan koperasi dan mengikut peraturan yang membenarkan serta berkuatkuasa dari masa ke semasa.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan dan barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta Pengurusan KOTANI yang telah menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini.
Sekian.
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Anggota KOTANI dan Perwakilan yang saya hormati,
Alhamdullilah bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas kurniaNya kita dapat bersama menjalankan tanggungjawab sebagai Perwakilan pada tahun ini untuk menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan KOTANI ke 32. Tahniah kepada semua yang telah dipilih mewakili anggota di Jabatan dan Agensi masing-masing dan akan bersama bagi tempoh dua (2) tahun sebagai perwakilan dan pemerhati.
Lafaz penuh kesyukuran juga dipanjangkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita berjaya mengharungi tahun 2018 yang penuh cabaran dalam ketidakseimbangan ekonomi negara. Walaupun begitu, KOTANI tetap komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikan Visi dan Misinya, terutama dalam memberi manfaat kepada Anggota dengan memberi perkhidmatan ke arah mempelbagaikan rantaian nilai dalam perniagaan.
Kita telah mengharungi bersama perit getir perjalanan KOTANI dari satu peringkat ke satu peringkat. Selama 32 tahun kita setia dan sentiasa yakin KOTANI akan dapat memberi faedah kepada anggotanya serta akan terus setia bersama dalam susah senang KOTANI. Itulah hakikat kerjasama yang dimeterai dalam menjadi anggota koperasi iaitu membantu sesama ahli dan tidak harus hilang kesetiaan serta semangat AHLI MEMBANTU AHLI hanya kerana kepentingan material individu
Sejak tahun 2017, selepas melalui transformasi KOTANI bagi melakar Masa Depan KOTANI Yang Lebih Gemilang Menjelang 2027, KOTANI telah merintis satu hala tuju transformasi yang jelas menuju kejayaan besar dalam meningkatkan khidmat pelanggan, kebajikan anggota, meningkat perniagaan koperasi, pendidikan latihan dan maklumat kerjasama antara koperasi melalui inisiatif-inisiatif yang dirancang dalam 4 tunggak utama itu. Walaupun, senario ekomomi negara yang tidak stabil begitu mempengaruhi kestabilan perniagaan KOTANI namun 4 tonggak utama dalam ‘Dasar Transformasi KOTANI menjelang tahun 2027’ (TK27) telah mula menampakkan impak positif dalam tahun 2018 dengan melonjakkan keuntungan KOTANI sebanyak 23.54% dari tahun 2017.
Pengukuhan tadbir urus KOTANI dengan memberi fokus meningkatkan kemampuan KOTANI memberi kemudahan pembiayaan yang lebih efektif dan sentiasa memberi yang terbaik untuk ahli melalui inisiatif keberhasilan yang tinggi masih menjadi agenda utama KOTANI. Dua agenda iaitu ‘business is not as usual’ dan “betulkan yang biasa dan biasakan yang betul” dengan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam bidang yang berisiko rendah tetapi memberi keuntungan yang cepat dan sesuai dengan kemampuan KOTANI terus diberi keutamaan. Komitmen semua pendokong utama dalam pelaksanaan inisiatif TK27 iaitu Ahli Lembaga Pengarah dan Warga KOTANI telah merealisasikan kejayaan agenda transformasi yang dirangka.
Akhir kata saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penasihat KOTANI, Ahli Lembaga Pengarah dan Warga KOTANI yang telah sama-sama menjayakan agenda TK27 demi mencapai Visi dan Misi KOTANI. Terima kasih juga sekali lagi kepada semua perwakilan yang telah menjayakan Mesyuarat Agung ini dan terus menyokong KOTANI untuk kejayaan bersama. Sepuluh jari disusun memohon maaf di atas kekurangan dan kecacatan yang timbul dalam mengendalikan mesyuarat ini.
Sekian, terima kasih
Keanggotaan Koperasi sehingga 31 Disember 2018 adalah seramai 5962 orang dengan kemasukan anggota baru seramai 25 orang dan anggota yang telah diluluskan berhanti seramai 303 orang atas sebab-sebab persaraan, pilihan dan juga meninggal dunia.
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ada menyediakan pembiayaan Al-Bainah untuk semua anggota KOTANI yang layak.
Bagi menjaga kebajikan Anggota , KOTANI telah menyediakan dua (2) jenis tabung untuk kemudahan dan manfaat Anggota iaitu Tabung Kebajikan dan Tabung Khairat Kematian.
Setiap ahli yang mencarum dengan KOTANI secara tidak langsung merupakan ahli insurans Great Eastern. Great Eastern menawarkan beberapa insurans menarik yang dapat membantu ahli KOTANI.
Hakcipta Terpelihara Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) | “Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda”
Privacy Use | Terms of Use | FAQ