Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ditubuhkan pada 1987 dengan No. Pendaftaran : Koop Negara 92. Keanggotaan KOTANI seramai 5,962 orang sehingga 31 Disember 2018 yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Pertanian dari semua jabatan dan agensi dibawahnya. Mulai 26 April 2006, kakitangan di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar juga boleh menganggotai KOTANI. Ini menjadi jumlah kakitangan yang berpotensi menjadi anggota KOTANI adalah lebih dari 30,000 orang.
Pentadbiran KOTANI mempunyai 12 orang kakitangan tetap yang berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala kehendak dan keperluan anggota ketika berurusan dengan KOTANI di bawah naungan Lembaga Pengarah yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin untuk mengurus dan mentadbir koperasi.
Aktiviti utama KOTANI ialah Skim Pembiayaan KOTANI dan Skim Insuran KOTANI. Disamping itu juga, KOTANI telah menceburi pelbagai bidang perniagaan seperti penternakan ikan air tawar, pemborongan dan peruncitan, kiosk dan kafe, kedai pajak gadai Ar Rahnu dan resort Taman Ekstrem Tasik Chinchin di bawah anak syarikat, Kotani Resort Travel & Tours Sdn. Bhd. (KRTT) yang lebih menumpukan pelancongan dalam negeri, sebagaimana yang dialu-alukan oleh kerajaan.
Hakcipta Terpelihara Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) | “Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda”
Privacy Use | Terms of Use | FAQ